Ar-Rahnu

Ar-Rahnu Logo

Ar-Rahnu  merupakan pajak gadai yang memenuhi konsep dan sistem perniagaan Islam (tanpa riba). Pelopor dalam industri ini diusahakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM). 

 

YPEIM dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat (M) Bhd dan Bank Islam (M) Bhd melalui rangkaian cawangan masing-masing mula menubuhkan Ar-Rahnu pada 27 Oktober 1993. 

 

Koperasi Pengguna Pahang Berhad yang terletak di Kuantan merupakan antara koperasi pertama yang menawarkan perkhidmatan sepenuhnya Ar-Rahnu  sehingga hari ini. Kajian dan rujukan secara terperinci telah di buat dengan Koperasi Pengguna Pahang Berhad , Bank Kerjasama Rakyat (M) Bhd, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)bagi keseluruhan operasi perniagaan ang dicadangkan ini. 

 

Hasil usaha tersebut, KOJUTA dapat menubuhkan sendiri perniagaan Ar-Rahnu   pada tahun 2006. 

 

Dalam pada itu, selepas menjalankan  aktiviti perniagaan Ar-Rahnu , KOJUTA berusaha menambahkan bilangan cawangan Ar-Rahnu  sedia ada bagi menjana ekonomi dan pendapatan koperasi serta membantu masyarakat setempat menambahbaik dan meningkatkan ekonomi mereka. 

 

KOJUTA telah membuka 2 cawangan Ar-Rahnu iaitu:-

1. ARRAHNU CAWANGAN DESA PANDAN, KUALA LUMPUR

2. ARRAHNU CAWANGAN BANDAR KINRARA, PUCHONG, SELANGOR

 

KOJUTA berusaha untuk memecahkan monopoli pajak gadai tradisional yang mengamalkan penindasan dan penipuan kepada pelanggan. 

 

Dalam pada itu juga, KOJUTA berusaha dalam membantu dan mewujudkan satu institusi kewangan yang bukan sahaja dapat membantu orang yang kurang berkemampuan tetapi dalam masa yang sama peniaga-peniaga kecil yang memerlukan tunai segera. 

 

KOJUTA berharap dapat memberikan satu pilihan atau alternatif kepada masyarakat  Islam yang memerlukan perkhidmatan gadaian yang berlandaskan muamalat Islamiah yang mana dengan sendirinya dapat melaksanakan satu tanggungjawab fardu kifayah.

 

Dengan adanya perniagaan Ar-Rahnu  ini, dapat membantu pihak berkuasa membasmi kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen secara tidak langsung. 

 

Aktiviti perniagaan Ar-Rahnu ini dijangka mampu memberikan pulangan yang baik kepada KOJUTA. Dalam masa yang sama dengan penambahan cawangan baru dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat bagi membantu menjana pendapatan dan ekonomi mereka. Seperti yang sedia maklum, ramai yang terkesan kehilangan mata pencarian dan pekerjaan akibat daripada wabak pandemik COVID19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2020.