Fungsi
Fungsi utama Koperasi ini ialah perkhidmatan.
Aktiviti-aktiviti
a) Memberi perkhidmatan pengurusan tiket-tiket penerbangan;
b) Menjalankan aktiviti pembinaan dalam bidang sivil, struktur, mekanikal, elektrikal dan bangunan;
c) Menggalakkan anggota berjimat cermat dan menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka pada setiap bulan menerusi potongan gaji atau bayaran langsung kepada koperasi dan memberi kemudahan kredit dan pinjaman kepada anggota – anggota dan pekerja-pekerja koperasi.
d) Menjalankan aktiviti Skim Pajak Gadai Cara Islam (Ar-Rahnu)
e) Menjalankan aktiviti pertanian, perladangan , pembalakan dan ternakan.
f) Menjalankan aktiviti kebajikan anggota. Pendidikan dan perniagaan.
g) Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan , menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta alih;
h) Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 akta;
i) Mengadakan subsidiari di bawah seksyen 19 akta dengan kelulusan suruhanjaya;
j) Menyertai usaha sama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan
k) Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung.