Program Ibadah Korban 2024/144

Rujukan Kami   :              KJT/PEKELILING/Jld.3/24/04/(060)

Tarikh                 :               03 April 2024 

  

Kepada ,

Semua Anggota,

Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA)

 

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

TAWARAN MENYERTAI PROGAM IBADAH KORBAN 2024/1445H ANJURAN BERSAMA KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA) BERSAMA CAMBODIAN MUSLIM COOPERATIVES (CMC) 

 

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 

 

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) dengan Kerjasama Cambodian Muslim Cooperative (CMC) akan menganjurkan Program Ibadah Korban 2024/1445H. 

 

3.            Seperti mana program yang lepas, tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi merasai nikmat yang diberikan Allah S.W.T dengan masyarakat Islam di Kemboja yang rata-ratanya kurang bernasib baik , miskin dan daif di samping membantu membangunkan ekonomi mereka.

 

4.            Kadar bayaran Program Korban 2024/1445H adalah seperti mana berikut, iaitu:- 

i.             Lembu

a)           RM450.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ratus Lima Puluh Sahaja) bagi satu bahagian, 

b)           RM3,150.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) bagi seekor

 

ii.           Kambing

  1. RM790.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Ratus Sembilan Puluh sahaja) bagi seekor. 

 

5.            Oleh yang demikian , Anggota KOJUTA yang berminat untuk menyertai Program Ibadah Korban 2024/1445H ini bolehlah melengkapkan Borang Penyertaan Program Ibadah Korban 2024/1445H yang disertakan. 

  

6.            Borang Penyertaan Program Ibadah Korban 2024/1445H yang telah lengkap hendaklah dikembalikan Bersama bayaran melalui CEK/PINDAHAN ATAS TALIAN (ONLINE TRANSFER) atas nama KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (RHB BANK BERHAD CAWANGAN DATARAN WANGSA MELAWATI KUALA LUMPUR: 21233-0000-11552) sebelum atau pada hari Jumaat bersamaan 07 Jun 2024

 

7.            Penyertaan Anggota KOJUTA dalam Program Ibadah Korban 2024/1445H ini amatlah dialu-alukan.

 

 

Sekian, terima kasih.

‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’

 

Dengan hormatnya,

KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD

(Sr HAJI KHAIRUL SALEH BIN JAMALUDIN)

Setiausaha