Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke-23

1. Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 23

  • Tarikh : 24 Julai 2024 (Rabu) 
  • Masa : 09.00 Pagi 
  • Tempat : Ballroom Prima,  Aras 6, Wisma LJT,  Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati,  53100 Kuala Lumpur.

2. Agenda

  • Memilih Pengerusi Bagi Mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 23 Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA);
  • Melantik Suatu Jawatankuasa Yang Terdiri Daripada Enam (6) Orang Anggota Dan Empat (4) Orang Anggota Lembaga Untuk Menentusahkan Deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 23;
  • Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 22 Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) Yang Diadakan Pada 24 Ogos 2023;
  • Membentang, Menimbang Dan Meluluskan Laporan Lembaga 2023, Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman Mengenai Akaun-Akaun Teraudit Bagi Tahun 2023 Dan Pandangan Suruhanjaya Ke Atas Akaun Dan Kunci Kira-Kira Berakhir Pada 31 Disember 2022;
  • Membentang, Menimbang Dan Meluluskan Laporan Juruaudit Luar 2023, Laporan Berkanun Anggota Lembaga 2023, Penyata Akaun Teraudit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 Dan Subsidiari Atau Subsidiari-Subsidiarinya Jika Ada Dan Cadangan Pembahagian Keuntungan;
  • Membentang, Menimbang Dan Meluluskan Anggaran Pendapatan Dan Perbelanjaan Bagi Tempoh 2024 Dan Anggaran Penerimaan Dan Pembayaran Tunai Dari 01/01/2024 Hingga 31/12/2024;
  • Mengisytiharkan Atau Menerbitkan Syer-Syer Bonus;
  • Membincangkan Dan Meluluskan Honorarium Kepada Anggota Lembaga Dicadangkan, Elaun-Elaun Kepada Anggota-Anggota Lembaga Dan Jawatankuasa Audit Dalaman Dan Saraan Kepada Anggota-Anggota Lembaga Yang Dilantik Sebagai Pengarah Bagi Subsidiari Atau Subsidiari-Subsidiari Koperasi Ini, Jika Ada;
  • Membentang Laporan Berkenaan Penerimaan Deposit Dan Pinjaman Daripada Anggota Dan Bukan Anggota;
  • Membincang, Menimbang Dan Meluluskan Surat Cara Deposit Atau Pinjaman;
  • Membincang, Menimbang Dan Meluluskan Ruang Lingkup Dan Had Pelaburan Daripada Wang Berlebihan Koperasi Ini Tidak Melebihi 30% Daripada Nilai Aset Semasa Bagi Tahun Kewangan 2024;
  • Memberikuasa Kepada Lembaga Koperasi Untuk Membuat Pinjaman Luar Tidak Melebihi 30% Daripada Nilai Aset Semasa (Had Maksimum Keterhutangan Koperasi) Bagi Tahun Kewangan 2024;
  • Meluluskan Pelantikan Satu (1) Panel Audit Yang Terdiri Tidak Kurang Daripada Tiga (3) Firma Audit Yang Diluluskan Oleh Suruhanjaya Untuk Dipilih Salah Satu Daripadanya Untuk Mengaudit Akaun-Akaun Koperasi;
  • Mendengar, Membentang, Menimbang Dan Memutuskan Apa-Apa Cadangan / Usul Atau Urusan Perniagaan Lain Koperasi Yang Baginya Suatu Yang Tidak Kurang Daripada Tujuh (7) Hari Sebelum Mesyuarat Agung Kali Yang Ke 23 Diadakan;
  • Membentang, Menimbang Dan Meluluskan Cadangan Pindaan Kepada Undang-Undang Kecil;
  • Membentang, Menimbang Dan Memutuskan Apa-Apa Aduan Daripada Mana-Mana Anggota Yang Terkilan Dengan Sesuatu Keputusan Lembaga, Dengan Syarat Suatu Notis Yang Tidak Kurang Daripada Tujuh (7) Hari Telah Diberikan Kepada Koperasi Mengenainya; 
  • Menimbang Dan Meluluskan Apa-Apa Laporan Yang Hendak Dikemukakan Menurut Kehendak Akta Dan Peraturan;
  • Memilih Anggota-Anggota Lembaga Sesi 2024/2025.

Sila pastikan Buku Laporan Tahunan 2023 dibawa bersama ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 23 diadakan